Want your
own Fotopage?













 
Oblind36's FotoPages - Life.Through.Lenses
Street,Life and Culture Photography

By: Mohammad Syahid Rosley

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 4-Apr-2008 02:48 Email | Share | Bookmark
Hutan Kita



Quote:
KONSEP bandar dalam taman atau bandar dalam hutan bukan perkataan baru bagi perancang bandar di negara ini. Tetapi konsep ini sedang diperkatakan oleh perancang bandar di China.Banyak majlis perbandaran di China kini berebut-rebut mahu mengetengahkan konsep 'bandar hutan'. Ketika ini semakin banyak bandar di China mahu menukar wajah hutan batu yang kaku itu. Jadi usaha mengubah imej itu disambut baik oleh perancang bandar. Mengikut China Daily, lebih 20 bandar di China telah meletakkan keutamaan untuk menukar pusat bandar kepada bandar hutan bagi memperbaiki suasana kehidupan dan persekitarannya. Bandar hutan pertama yang akan muncul ialah di Changchun, ibu negeri wilayah Jilin di timur laut China. Changchun mempunyai latar hutan yang menarik dan boleh mewujudkan beribu-ribu hektar kawasan dengan hutan semula jadinya.Namun bandar hutan yang jadi tarikan ialah Guiyang, ibu negeri wilayah Guizhau di barat daya China. Ia juga dinamakan sebagai Bandar Hutan Negara yang pertama ketika forum bandar hutan kali pertama diadakan November lalu. Guiyang berada di kawasan berbukit dan hampir 35 peratus kawasan pentadbirannya diliputi hutan. Konsep bandar 'berpokok' bermula pada tahun 1960-an di Amerika Utara dan diperkenalkan ke China pada 1990-an. Konsep ini sebenarnya menggalakkan penanaman pokok di dalam bandar bagi membolehkan penduduk kota menikmati persekitaran hijau dan sihat.Oleh kerana ghairah dengan konsep ini, ada yang sanggup mengorek pokok besar dari kawasan pergunungan untuk ditanam semula di dalam bandar. Tindakan itu dikritik kerana timbul kebimbangan ia berpotensi mengganggu sistem semula jadi dan mencetus hakisan tanah. Apa yang sedang berlaku di bandar-bandar China, bukan perkara baru di negara kita yang sedang rancak mengalami proses pengembangan dan pembesaran kawasan bandar. Konsep kita terhadap bandar dalam taman atau bandar dalam hutan agak berbeza dengan yang cuba diperkenalkan di China. Sesungguhnya kawasan bandar sedia ada di negara kita tidak mencukupi bagi menampung pertambahan penduduk. Jadi kawasan hutan dan bukit-bukau berhampiran jadi sasaran. Kawasan perbandaran baru yang diwujudkan di Lembah Klang misalnya sering mengalami proses pembangunan yang dahsyat. Untuk membina perbandaran baru, kawasan hutan diratakan dan bukit ditarah terlebih dahulu. Pokok asal yang ada di sana, baik bersaiz kecil atau besar habis dipotong. Tiada yang mendapat simpati untuk ditinggal sebagai mercu tanda kawasan berkenaan. Hutan atau bukit yang kita kenal dulu sudah berubah wajah. Pokok besar yang melindungi hidupan di bawahnya sudah diganti banglo atau rumah mewah serta bangunan komersial. Parit konkrit ambil alih tugas sungai. Atas konsep untuk menunjukkan ia bandar dalam taman atau hutan, pokok segera ditanam berjajaran sepanjang jalan. Suasana damai tak terasa. Lalu kita terus tercari-cari konsep bandar yang dicanang-canangkan itu.

Petikan Akhbar Utusan Malaysia
Khamis, 03 March 2005
oleh Azman Anuar

I went ZZZzzzzzzzzzzz after reading the article (joking) Anyway, it's a great shot...and i personally believe that our city needs more trees. Cutting down the trees and having more development do not ease the global warming =) But hey, we're are the ones who are too excited to be as advanced and as the so-called cool western countries right? So we have it. =/ Fri 4-Apr-2008 10:51
Posted by:aieza  - [Link]
waaahh...menarik ni. juga editing kat bwh tu..superb!! Fri 4-Apr-2008 12:21
Posted by:akuriangria  - [Link]
rays of light dari hutan batu. kita kehilangan byk benda atas tiket pembangunan.. Fri 4-Apr-2008 13:34
Posted by:raime  - [Link]
peh.sgt2 bes la gamba ko.saspek2! Fri 4-Apr-2008 20:56
Posted by:zilzal  - [Link]
i like ur ray of light...plz komen my ray of light lak.hehehhe
ni gmbr bandar hutan kt mane erk??

p/s- new entry bro..~~KEPUASAN~~ komen pedas2 pn xpe...
BROOZZZZZzzzz.....
Sun 6-Apr-2008 06:57
Posted by:Man d'Hust~Broz broz_graphic@yahoo.com  - [Link]
satu idea yg menarik.....framming yg bagus,sesuai dgn tajuknya, light ray yg berkesan...
cuma colour is too green.....try make it more natural colour sikit pada bangunan...kalau nak grand lagi buat mcm syarin,kaedah lawan matahari......iaitu burst flash utk dapat hijau daun tu, kalau nak effort lebih beli flash cable dan tembak flash dari tepi..kasi tarik hijau daun tu walaupun bertentangan matahari....kalu hang dapat tu mesti lagi class gambar ni.....
anyway good try and effort bro.....
Mon 7-Apr-2008 01:04
Posted by:nazriamani  - [Link]
asm syahid, ada masa bolehlah lawat my offical website. baru launch hari ni..alhamdulillah. jgn lupa subscribe, auto notify bila ada gmbr baru. Mon 7-Apr-2008 10:55
Posted by:raime greenfore@yahoo.com  - [Link]
cantikk .... great photo ..... Tue 8-Apr-2008 14:47
Posted by:korok  - [Link]
cantek cantek... bijak bijak...


http://syakirzainol.fotopages.com
Wed 9-Apr-2008 08:28
Posted by:syakir zainol syakir.zainol@gmail.com  - [Link]
lovely editing. Thu 10-Apr-2008 09:15
Posted by:aidura sofiee  - [Link]
green view..nice... Fri 11-Apr-2008 03:30
Posted by:{ibnwanza}  - [Link]
bz2 pun sempat lagi tuh... aku da update da

Ps : pic aritu
Fri 11-Apr-2008 18:01
Posted by:Zaxx zaxx.shoxx@gmail.com  - [Link]
*boleh jek masuk sana.. tak yah bayar..tapi kalo rasa nak derma unt tabung gajah2 tu di alu2kan.. Mon 14-Apr-2008 03:19
Posted by:e c a h  - [Link]
Wow, amazed with all your photos! Mon 14-Apr-2008 10:33
Posted by:IreneYaya  - [Link]
wow!!! Thu 22-May-2008 06:32
Posted by:Azmeir Zaki azmeir@gmail.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.